Penampilan kereta The Fast and the Furious

Pelbagai kereta ubah suai ditampilkan dalam filem ini, termasuklah yang berikut:[2]

KeretaWarnaTahunPemanduKeadaan di dalam filem
Dodge Charger (B-body)Hitam1970[3]Dominic Toretto.[4]Remuk setelah berlanggar secara berdepan dengan lori selepas melepasi kereta api; berlumba dengan kereta Toyota Supra milik Brian.
Chevrolet ChevelleJalur merah/hitam1970Dominic TorettoDitunjukkan di akhir filem semasa Dominic berada di Baja, Mexico
Mitsubishi EclipseHijau Neon1995Brian O'Conner[5]Ditembak oleh Johnny Tran; musnah selepas tong nitrus oksida meletup; dilengkapi enjin 420a dengan pengecas turbo pengeluar bebas.
Honda Civic Coupe 1.6 Turbo Coupe 2 pintuHitam (dengan neon bawah hijau)1995Dominic TorettoMenerima kerosakan enjin teruk akibat tembakan shotgun pemandu lori.
Honda Civic Coupe 1.6 Turbo Coupe 2 pintuHitam (dengan neon bawah hijau)1995LeonDitunjukkan selepas Letty terhempas di gurun dan Toretto memberitahu Leon untuk mendapatkannya, manakala dia menyelamatkan Vince.
Honda Civic Coupe 1.6 Turbo Coupe 2 pintuHitam (dengan neon bawah hijau)1995LettyKerosakan badan selepas bergesel dengan lori treler dan bergulung sebanyak dua kali.
Honda S2000Hitam (dengan grafik Asia)2000Johnny TranDitunjukkan semasa Johnny berlumba dengan Jesse untuk geran kereta semasa Perang Perlumbaan.
Mazda RX-7 FD3SMerah1993Dominic Toretto[6]Tersadai di garaj letak kereta. Kali terakhir dilihat dipandu ke rumah Dominic untuk melihat Dodge Charger di garajnya serta semasa Perang Perlumbaan.
Nissan Maxima SE EXBiru1999VinceKelihatan pada awal filem semasa mereka bertindak dan Vince bertanyakan Jesse mengenai pengecas super. Kali terakhir dilihat meninggalkan Perang Perlumbaan.
Nissan SkylineKuning1995LeonDilihat sekejap, semasa Leon memberitahu budak penghantar piza untuk "mencari jalan pulang yang lain."
Toyota Supra(2JZ-GTE)Jingga1994Kereta kedua Brian[7]Dom pergi dengannya selepas menghancurkan kereta Dodge Charger R/Tnya, Brian memberikan kunci keretanya kepada Dominic. Di dalam filem Jesse merujuk kepada belanja $10,000-$15,000 pada kereta ini. Yang sebenarnya, lebih $150,000 dilaburkan kepada kereta Supra tersebut.
Volkswagen Jetta (A3 Type 1H)Putih1995JesseDitembak oleh geng Johnny Tran semasa memandu di rumah Toretto. Jesse turut ditembak semasa insiden tersebut.
Acura Integra GS-RTurquoise1993Mia TorettoKelihatan semasa Mia dan Brian meninggalkan restoran, "Cha, Cha, Cha", sambil Mia memecut dan membuat pusingan-U lebar.
Ferrari F355 SpyderHitam1999Neal Moritz (penerbit filem)Kelihatan semasa Brian dan Toretto mengambil kereta Supra yang sudah siap untuk dipandu uji, bersama-sama dengan kereta Ferrari di persimpangan lampu isyarat. Perlumbaan antara Supra dan Ferrari, dengan Supra mendahului.
Nissan 240sx (S14 Silvia) Coupe 2 pintuUngu1997LettyKelihatan semasa kumpulan Toretto memandu ke kedai runcit di mana Brian sedang makan. Letty keluar dari kereta tersebut.
Ford Lightning SVTMerah1999Harry (Kereta syarikat—dipandu oleh Brian)Mula dilihat secara keseluruhan semasa pergaduhan pertama Brian dengan Vince.
Acura IntegraMerah/kuning1996Edwin[8]Hanya kelihatan semasa Edwin berlumba dengan Toretto, Brian dan seorang pemandu Asia tidak bernama semasa perlumbaan pertama.
Honda Civic HatchbackKeemasan1992HectorDiperkenalkan kepada Brian oleh Hector di tempat meletak kereta bagi kesemua lumba haram. Juga kelihatan semasa Hector pergi ke kedai Harry untuk membeli alat ganti Honda Civic.